Waaaaaa ,Sweet gitu lah lah lah kan ;|
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.
Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis
kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui
badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai
otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing,
benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini
sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan
lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih,
permukaannya yang
kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu
yang tersisa di badannya.
....Kajian Yang Dijalankan....
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut
pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak
kaki, bibir, dan
ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan.
Di samping
itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga
cairan khusus
(air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
....Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:....
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun
dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif
sekitar 80% (20%
mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing
dapat melawan
kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak
hadiran kuman.
....Kuman enterobacter yang tidak merbahaya....
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini
termasuk dalam
kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya
membiak dalam
tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus,
dan
staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu
pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai
sumber
yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa
kucing
tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh
membersihkan
seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud
, ketua
laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman
pada
lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau
sedang sakit.
....Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing....
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia
25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di
klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti
pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam
pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.
Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor
yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
....Hadith-Hadith Mengenai Kucing....
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua
Kabsyah
masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu
datang
seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk
kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah
kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi
SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling
di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu
Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas,
tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika
sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilat
bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut
berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian
tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga,
ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan
bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun
ketika ia sampaidi rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan
isyarat untuk
menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat,
ia lupa adanya
bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika Aisyah bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan
bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw
bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat
Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq,
dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan
berani mengatakan
bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para
ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad
saw sejak 1500 tahun yang lalu.
SUMBER : GOOGLE